Wednesday, December 11, 2013

Sambal Ayam

1.5 KG isi ayam
Bahan dikisar
  • 7 ulas bawang putih
  • 6cm kunyit hidup
  • 6cm halia
  • 7 ulas bawang merah
2 - 3 sudu makan cili boh atau cili kering
2 batang serai dihiris halus
6cm lengkuas dihiris halus
digoreng tanpa minyak dan dikisar halus
  • 1 sudu makan jintan manis
  • 1 sudu makan ketumbar
sedikit belacan
1 cawan kelapa parut ditumbuk
1 cawan santan pekat
garam dan gula secukup rasa
sedikit cili hidup merah dan hijau dipotong mengikut kesukaan
sedikit daun limau purut dihiris halus sedikit daun kunyit

Cara-caranya:

Tumis daun pandan dan bahan yang telah dikisar bersama cili kering/cili boh, serai, lengkuas dan belacan hingga masak dan naik bau.
Kemudian masukkan serbuk jintan manis dan ketumbar, digaulkan sebati.
Masukkan kelapa parut tadi dan digaulkan rata.
Masukkan santan tadi dan digaulkan rata.
Tambahkan air jika rasanya mau. Selepas itu masukkan garam dan gula secukup rasa dan di gaulkan rata.
Apabila kuah hampir kering, masukkan daun limau purut & daun kunyit yang dihiris tadi dan cili hidup. Angkat dan boleh disajikan.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More